Kertas siasatan Musa Aman diserah minggu depan - Berita Semasa | mStar

Kertas siasatan Musa Aman diserah minggu depan

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2018 5:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan melibatkan Tan Sri Musa Aman berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu hadapan, kata Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.

"Kita akan lengkapkan kertas siasatan sebelum rujuk kepada pihak Pendakwa Raya pada Selasa  hadapan," katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu sebelum ini dikehendaki polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Juhar pada majlis angkat sumpah 10 Mei lepas.

Musa, yang meninggalkan negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), hanya mengangkat sumpah sebagai Adun Sungai Sibuga pada 5 September lepas.

Sehari selepas itu, Musa, yang sedang memberi keterangan dipercayai berhubung dakwaan rasuah pada PRU14 di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, terpaksa dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) ekoran masalah kesihatan.

Musa pulang ke tanah air pada 21 Ogos dan menjalani rawatan lanjutan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya. Sebelum itu, beliau mengesahkan menjalani rawatan perubatan di London sejak meninggalkan Malaysia pada 16 Mei. - Bernama
Tags / Kata Kunci: Musa Aman , Omar , Sabah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan