Sabar! Azizah akan letak jawatan lepas Anwar jadi PM ke-8 - Berita Semasa | mStar

Sabar! Azizah akan letak jawatan lepas Anwar jadi PM ke-8

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2018 8:39 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan bahawa isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan meletakkan jawatannya dalam Kabinet selepas beliau bergelar Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Kata beliau, kini bukan masanya untuk Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana ia adalah satu kerugian kepada parti.

"Kenapa Wan Azizah perlu letak jawatan sekarang? Sabar, bila saya dilantik, Wan Azizah akan letak jawatan dan tidak perlulah orang ramai meminta dia letak jawatan," tambahnya.

Ahli politik berusia 71 tahun itu turut berkata bahawa beliau sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya beliau menang di Port Dickson, beliau akan memberikan ruang kepada Dr Mahathir sehingga masanya bergelar Perdana Menteri tiba.

Anwar berkata demikian dalam ucapan ketika mesyuarat bersama anggota PKR Johor di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di sini pada Jumaat.  - The Star

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan