"Sekarang masa sesuai untuk Anwar kembali aktif dalam politik" - Dr Wan Azizah - Berita Semasa | mStar

"Sekarang masa sesuai untuk Anwar kembali aktif dalam politik" - Dr Wan Azizah

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2018 5:46 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berpendapat sekarang adalah masa yang sesuai untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali aktif dalam kancah politik negara.

Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita itu berkata demikian apabila ditanya sama ada suaminya tidak sabar untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Port Dickson.

"Beliau dipenjarakan selama 11 tahun.

"Apabila kamu katakan beliau tidak sabar, sebenarnya sekarang adalah masa yang sesuai dan beliau sendiri mahu memberi sumbangan," katanya.

Wan Azizah berkata, Anwar telah dinafikan peluang untuk ke Parlimen sebelum ini.

"Ia telah dirampas daripadanya," tambah Ahli Parlimen Pandan ini.

Apabila ditanya sama ada kehadiran Anwar di Parlimen bersama dirinya dan anak mereka yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah akan dilihat sebagai nepotism, beliau sama sekali tidak setuju.

"Apakah ia satu masalah? Kami dipilih rakyat," katanya.

Anwar yang juga presiden PKR bercadang bertanding pada PRK kerusi Parlimen di Negeri Sembilan yang telah dikosongkan Datuk Danyal Balagobal Abdullah.

Tags / Kata Kunci: Wan Azizah , Anwar , PRK
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan