Jho Low didakwa beli Ferrari putih untuk Kim Kardashian - Berita Semasa | mStar

Jho Low didakwa beli Ferrari putih untuk Kim Kardashian

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2018 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli perniagaan Low Taek Jho didakwa membeli Ferrari putih untuk  bintang realiti TV,  Kim Kardashian pada 2011.

Menurut laman portal Page Six, Kim dan bekas suaminya, Kris Humphries, telah diberikan kereta  itu sebagai hadiah perkahwinan pada tahun 2011.

Pasangan itu dilaporkan berebut kereta yang dibeli dengan harga AS325,000 (RM1.35 juta), ketika bercerai beberapa bulan kemudian.

Menurut Page Six lagi, bulan lalu Kardashian dilihat tiba makan malam di Miami menaiki Ferrari bewarna putih, tetapi pegawai seranta yang juga pegumannya tidak mendedahkan sama ada dia masih memandu kereta tersebut.

Laporan itu juga mendedahkan tetamu majlis perkahwinan yang hadir ketika itu hanya dikenali sebagai ahli pernigaan Malaysia.

Sumber kepada portal atas talian itu menambah penderma adalah Low.

"Jabatan Kehakiman (DoJ) turut mengekori selebriti lain yang menerima hadiah daripada Low. Leo DiCaprio menyerahkan lukisan Picasso dan Basquiat. Miranda Kerr  dengan perhiasan berlian $8 juta (RM33.16 juta).

"Tetapi ramai banyak selebriti lain, termasuk Swizz Beatz, Pras Michél dan Nicole Scherzinger," lapor Page Six.

Dilaporkan bahawa polis telah memfailkan tuduhan jenayah terhadap Low, yang dikenali sebagai Jho Low, dan bapanya Tan Sri Low Hock Peng yang didakwa mencuri daripada 1MDB.

Tuduhan penggubahan wang haram itu dibuat terhadap Low dan bapanya secara 'in absentia' (tanpa kehadiran pihak tertuduh atau wakil/ peguamnya) oleh ia dilakukan oleh polis di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Peguam Negara.

Pihak berkuasa masih mencari Low yang dipercayai bersembunyi di China.

Tags / Kata Kunci: Jho Low , Kim Kardashian
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan