“Pembunuh kucing ada masalah mental, perlu hukuman berat!” - Berita Semasa | mStar

“Pembunuh kucing ada masalah mental, perlu hukuman berat!”

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2018 4:40 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Kelab Kucing Malaysia meminta pihak berkuasa menjalankan hukuman ke atas pendera haiwan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Khalid Rashid atau lebih dikenali Pak Khalid merayu pihak Veterina Malaysia lebih bertegas menggunakan hukuman denda atau penjara kepada pelaku.

"Ini adalah masanya. Now or never (kalau bukan sekarang, ia tidak akan dilaksanakan sampai bila-bila).

"Saya geram, marah, dengan pelaku yang membuatkan mendera kucing mengandung itu sehingga mati.

"Apa salah kucing itu?," luahnya kepada mStar Online mengenai insiden dua lelaki yang memasuki seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering pakaian layan diri di Taman Seri Gombak dekat sini awal pagi Rabu.


Susulan kejadian itu Pak Khalid meminta pihak berkuasa lebih bertegas menjatuhkan hukuman kepada individu berkenaan.

"Tangkap, bicara dan jalankan hukuman. Sekarang ini denda sehingga mencecah RM100,000 atau kalau tak mampu banyar sumbat sahaja dalam penjara.

"Dan bukan dikenakan denda yang minimum. Biar hukuman itu menjadi pengajaran kepada orang lain.

"Saya juga mahu cadangkan mereka ini dikenakan hukuman dengan menjalani khidmat sosial.

"Hantar mereka kerja di pusat jagaan haiwan, biar mereka tahu sedikit macam mana nak jaga haiwan.

"Saya pun bukan suruh mereka sayang atau jaga kucing atau haiwan lain, tetapi jangan kejam macam tu.

"Saya boleh katanya mereka ini mempunyai masalah mental," jelasnya.

Sebuah video yang dirakamkan dari kamera litar tertutup (CCTV) sebuah pusat dobi layan diri menjadi tular apabila pelanggan premis berkenaan tergamak memasukkan seekor ibu kucing yang sedang bunting ke dalam mesin pengering lalu menghidupkan peralatan berkenaan.

Kucing tersebut mati dengan kesan darah dalam mesin itu yang mempunyai tiga tahap suhu iaitu panas, sederhana panas atau biasa.

Tags / Kata Kunci: Bunuh kucing , KKM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan