“Beli Mercedes-Benz sebab keperluan, bukan bermewah-mewah” – Mohd Amar - Berita Semasa | mStar

“Beli Mercedes-Benz sebab keperluan, bukan bermewah-mewah” – Mohd Amar

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2018 8:21 PM

Mohd Amar Nik Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan menjelaskan bahawa pembelian kenderaan Mercedes-Benz untuk kegunaan setiausaha kerajaan negeri merupakan keputusan yang lebih menjimatkan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kereta tersebut berkos lebih efektif kerana penyelenggaraannya lebih murah dalam jangka panjang.

"Ia satu keperluan, bukan kemewahan, kami hanya membeli sebuah kereta, dan kereta untuk setiausaha negeri sudah lama," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kritikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Husam Musa bahawa bahawa kerajaan PAS berbelanja untuk kenderaan mewah walaupun kedudukan kewangannya yang lemah.

Mohd Amar berkata, mereka bukan menukarkan semua kereta yang dimiliki kerajaan negeri.

"Walaupun polisi sedia ada membolehkan kami menukar kereta setiap lima tahun, tetapi kami tidak menukarkannya selama 10 atau 12 tahun," katanya.

Mohd Amar berkata, mereka telah membeli kereta mewah walaupun semasa era ikon PAS dan bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana ketahanan jangka panjang dan kos penyelenggaraan lebih rendah.

"Ia tidak sepatutnya menjadi isu," katanya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan