“Saya tidak tinggalkan rakyat...” - Danyal - Berita Semasa | mStar

“Saya tidak tinggalkan rakyat...” - Danyal

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2018 2:36 PM

danyal

Danyal Balagopal Abdullah. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun Danyal Balagopal Abdullah mengundurkan diri sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, beliau masih di kawasan itu bagi membantu Presiden PKR yang dipilih, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkhidmat kepada rakyat.

"Saya yakin Anwar akan menang kerusi ini dan terus menjadi Ahli Parlimen bagi Port Dickson yang baharu dan seterusnya sebagai perdana menteri kelapan.

"Saya kini meletakkan jawatan serta-merta, dan saya telah menghantar surat peletakan jawatan kep-ada Speaker Dewan Rakyat pada Rabu.

Ditanya pemberita mengenai alasannya mengosongkan kerusi tersebut, Danyal berkata: "Saya bukan mengosongkan kerusi ini kerana suka-suka... saya akan terus berkhidmat untuk rakyat Port Dickson.

"Beliau (Anwar) agak keberatan pada mulanya, tetapi saya memberitahu saya akan terus berkhidmat dan apa yang saya mahukan adalah sokongan anda."

"Saya tidak meninggalkan rakyat saya. Saya akan terus berada di Port Dickson dan saya akan menjadi mata dan telinga Anwar di lapangan," katanya.

Terdahulu, diumumkan Anwar akan bertanding di kerusi Port Dickson di Negeri Sembilan bagi membolehkan beliau kembali ke Parlimen.


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan