'BN perlu pilih anak tempatan lawan Anwar di Port Dickson' - Berita Semasa | mStar

'BN perlu pilih anak tempatan lawan Anwar di Port Dickson'

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2018 3:10 PM

Mohamad Hasan.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang anak tempatan perlu dipilih menentang Presiden PKR yang dipilih, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Port Dickson.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, seorang anak tempatan mampu memberikan saingan sengit terhadap Anwar berbanding orang luar.

"Pandangan peribadi saya adalah anak tempatan seharusnya dipilih.

"Tetapi keputusan muktamad perlu dibuat oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN)," katanya.

Mohamad berkata demikian bagi mengulas cakap-cakap bahawa beliau merupakan calon terbaik bagi BN untuk menentang Anwar di Port Dickson.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, beliau perlu mempersiapkan diri pada pilihan raya kecil di Rantau sekiranya mahkamah memutuskan untuk berpihak kepada petisyen yang difailkan oleh calon PKR bagi kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu, Dr S Streram.

Dr Streram memfailkan petisyen selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan beliau memfailkan kerta pencalonannya pada 28 April lalu.

SPR kemudian mengisytiharkan Mohamad yang merupakan calon tunggal, sebagai pemenang.

Mohamad berkata, terpulang kepada BN sekiranya parti itu mahu mencalonkan seseorang pada pilihan raya kecil Port Dickson.

"Kita juga akan berbincang bersama BN engeri sebelum membuat keputusan muktamad," tambahnya.

Pada Rabu, PKR mengumumkan Anwar akan bertanding di Port Dickson selepas penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan peletakan jawatannya.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Port Dickson , Mohamad Hasan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan