Kementerian Kewangan arah cukai perkhidmatan kad prabayar dikecualikan kepada orang Malaysia - Berita Semasa | mStar

Kementerian Kewangan arah cukai perkhidmatan kad prabayar dikecualikan kepada orang Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 5 September 2018 10:51 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan pada Rabu mengarahkan syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi kad prabayar supaya mengecualikan cukai perkhidmatan kepada pelanggan warganegara  Malaysia.

Menterinya Lim Guan Eng berkata ia perlu bagi mengatasi masalah syarikat-syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera.

“Kaedah lain akan diumumkan kemudian untuk syarikat-syarikat telekomunikasi agar kerajaan tidak kerugian dalam usaha memastikan pelanggan mendapat nilai penuh bagi bayaran kad prabayar yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata pengecualian itu berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuat kuasa mulai 6 Sept 2018.

“Melalui pengecualian ini, pelanggan akan mendapat nilai kredit penuh apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan,” katanya.

Semua syarikat telekomunikasi perlu mengambil tindakan segera bagi  mematuhi penetapan pengecualian cukai perkhidmatan itu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: kad prabayar , cukai perkhidmatan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan