Jemaah haji ke Mina, sempurnakan ibadah melontar jamrah - Berita Semasa | mStar

Jemaah haji ke Mina, sempurnakan ibadah melontar jamrah

Diterbitkan: Rabu, 22 Ogos 2018 1:09 PM

(Ubah saiz teks)

MINA: Jemaah haji telah diingatkan supaya mematuhi waktu yang ditetapkan untuk melontar jamrah pada Rabu bersamaan 11 Zulhijjah.

Lontaran untuk ketiga-tiga jamrah iaitu Ula, Wusta dan Aqabah boleh dilaksanakan selepas solat Subuh hari ini.

Jemaah dinasihatkan agar sentiasa berada dalam kumpulan masing-masing untuk mengelakkan sesat.

Penulis berada di Maktab 112 Mina yang terletak kira-kira 400 meter dari Kompleks Jamrah.

Ketika ini jutaan jemaah haji menyempurnakan wajib haji iaitu melontar Jamrah d Kompleks Jamrah d sini bermula Selasa.

Lontaran pertama pada 10 Zulhijah iaitu Jamrah Aqabah bagi sebahagian besar rakyat Malaysia dilaksanakan tengah hari Selasa.

Misalnya sebahagian jemaah Zahafiz Travel & Tours yang duduk d Maktab 112 di sini melontar selepas solat Maghrib dengan diketuai Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zainal Abidin Yusof.

Maktab 112 menempatkan kira-kira 3, 000 jemaah dari 17 agensi pengendali haji dari Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Tags / Kata Kunci: haji , lontar jamrah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan