Aliran trafik lebuh raya utama lancar pagi ini - Berita Semasa | mStar

Aliran trafik lebuh raya utama lancar pagi ini

Diterbitkan: Rabu, 22 Ogos 2018 11:01 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan lancar setakat 9 pagi Rabu.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik menuju ke utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah, juga lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik, atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: trafik , Aidiladha
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan