Wukuf: Jemaah haji berkumpul di Arafah - Berita Semasa | mStar

Wukuf: Jemaah haji berkumpul di Arafah

Diterbitkan: Isnin, 20 Ogos 2018 1:56 PM

Kesemua jemaah haji Malaysia yang berada di sini dilaporkan selamat dan keadaan khemah kebanyakkannya masih kukuh walaupun dilanda ribut pasir dalam kejadian pada 6.30 petang hingga 8 malam waktu Arab Saudi.

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Kira-kira dua juta jemaah haji mula membanjiri dataran di Bukit Arafah untuk melakukan ibadah paling penting dalam haji pada Isnin ini.

Jemaah diwajibkan berkumpul di Bukit Arafah sehingga terbenam matahari pada hari ke-9 Zulhijjah.

Mereka akan menumpukan perhatian kepada ibadah sembahyang dan yang lain di samping memohon  rahmat dan keampunan kepada Allah yang maha Agung serta melaungkan “Labbayk Allahumma Labbayk “.(Aku datang memenuhi panggilan Mu ya Allah).

Jemaah kemudian akan menuju ke Muzdalifa untuk bermalam, seperti yang dituntut bagi setiap jemaah, dan selepas itu melakukan lontaran batu di ketiga-tiga Jamarah.

Menurut Pihak Berkuasa bagi Statistik bahawa pada Ahad, jumlah jemaah mencecah 1,966,461 dan jumlah akhir akan diumumkan pada Isnin malam, hari Arafah.— Bernama 


Tags / Kata Kunci: Arafah , wukuf
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan