Tun M lahir rasa dukacita atas kematian Kofi Annan - Berita Semasa | mStar

Tun M lahir rasa dukacita atas kematian Kofi Annan

Diterbitkan: Ahad, 19 Ogos 2018 8:18 AM

Pertemuan Dr Mahathir dan Annan pada 29 September 1999 di Ibu Pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat. - AFP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berdukacita atas kematian bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan hari ini (Sabtu).

“Saya berdukacita apabila mengetahui tentang kematian Kofi Annan, bekas setiausaha agung PBB. Semoga rohnya memperoleh ketenangan,” menurut catatan Dr Mahathir dalam laman Twitter beliau.

Annan, pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2001 dilaporkan meninggal ketika berusia 80 tahun selepas mengalami keuzuran untuk beberapa ketika.

Beliau yang dilahirkan di Ghana berkhidmat sebagai setiausaha agung PBB dari 1997 hingga 2006. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Mahathir Mohamad , Kofi Annan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan