Satu lawan satu antara PH dan MCA di Balakong - Berita Semasa | mStar

Satu lawan satu antara PH dan MCA di Balakong

Diterbitkan: Sabtu, 18 Ogos 2018 11:12 AM

Calon Pakatan Harapan, Wong Siew Ki (kiri) bersama calon MCA, Tan Chee Teong (kanan). Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

BALAKONG: Pilihan raya kecil (PRK) Balakong menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon MCA, Tan Chee Teong dan calon Pakatan Harapan, Wong Siew Ki.

PRK kali ini turut menyaksikan logo MCA dan logo Pakatan digunakan buat pertama kali.

Penyokong kedua-dua Pakatan Harapan dan MCA berhimpun di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat sebelum pukul 8 pagi.

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Rosli Othman selepas pencalonan ditutup pada pukul 10 pagi.

PRK Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee (PH) dalam satu kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas.


Tags / Kata Kunci: Balakong , Tan Chee Teong , Wong Siew Ki
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan