PH lawan PAS di Seri Setia - Berita Semasa | mStar

PH lawan PAS di Seri Setia

Diterbitkan: Sabtu, 18 Ogos 2018 11:08 AM

Calon Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar (kiri) bersama calon PAS, Dr Halimah Ali (kanan) di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PRK Dun Seri Setia pada 8 September depan bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PH, Halimey Abu Bakar dan PAS, Dr Halimah Ali.

Pengesahan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Dun N32 Seri Setia, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

PH meletakkan calon baharu, Halimey Abu Bakar yang merupakan bekas ahli majlis MBPJ sebagai taruhan mereka pada kali ini untuk membawa cabaran bagi mempertahankan kemenangan di kerusi itu.

Sementara PAS pula mengemukakan calon berpengalaman, Dr Halimah Ali yang merupakan bekas Adun Selat Klang dan  pernah berkhidmat sebagai exco kerajaan Selangor sebelum ini sebagai calon mereka.

"SPR telah menerima kertas penamaan dari dua calon untuk bertanding bagi PRK DUN Seri Setia.

"Saya telah melakukan semakan ke atas kedua-dua kertas undi dan berpuas hati dengan pencalonan oleh parti-parti terlibat," katanya ketika pengumuman.

Kerusi DUN Seri Setia kosong selepas penyandangnya, Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia, pada 2 Ogos lalu di Hospital Putrajaya ekoran kanser usus.

Pada PRU lalu, Shaharuddin memenangi kerusi Dun Seri Setia selepas memperoleh 29, 250 undi dalam pertembungan empat penjuru menewaskan calon BN, Datuk Yusoff HM Haniff (9,878); calon Pas, Mohd Ghazali Daud (4,563) dan calon Bebas, Dr S Vignes (217). - Sinar Harian

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan