Pemandu bas Rapid KL direman - Berita Semasa | mStar

Pemandu bas Rapid KL direman

Diterbitkan: Sabtu, 18 Ogos 2018 1:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemandu bas Rapid KL yang merempuh beberapa kenderaan di kawasan Ampang direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah mengesahkan pemandu tersebut direman sehingga 21 Ogos.

Dalam insiden kira-kira pukul 8 malam Khamis lalu, tujuh kenderaan mengalami kerosakan selepas dirempuh bas tersebut.

Suspek dipercayai cuba melarikan diri selepas mengalami kemalangan di hadapan bangunan Risda di Jalan Ampang di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pemandu berkenaan didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Tags / Kata Kunci: bas Rapid KL
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan