Gala kecergasan meriahkan sambutan kemerdekaan negara - Berita Semasa | mStar

Gala kecergasan meriahkan sambutan kemerdekaan negara

Diterbitkan: Sabtu, 18 Ogos 2018 9:15 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-61, program gala kecergasan istimewa Merdeka Neon Fitness (MNF) diadakan khas untuk semua wanita yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Program MNF yang julung kalinya diadakan ini pada 1 September (Sabtu) di Pusat Kecemerlangan Sukan Pralimpik, Kampung Pandan ini bakal menampilkan beberapa orang jurulatih kecergasan terkenal termasuk Watie Elite.

Menurut Pengarah Program Noorhayati Yusof , aktiviti kecergasan ini dianjurkan Pertubuhan Wanita Elit (WE) bagi membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh daripada aspek fizikal, sosial dan psikologi rakyat melalui penyertaan dalam aktiviti kecergasan.


"Merdeka gala kecergasan gala adalah untuk merdekakan diri daripada perasaan negatif, lemak tepu, kemurungan, daripada perasaan takut. Merdekakan diri wanita yang sentiasa perlu maju ke hadapan.

"Sebahagian yuran yang terkumpul akan diserahkan kepada golongan asnaf serta membantu usahawan wanita WE. Selain itu, objektif program juga ingin melihat golongan wanita lebih peka dengan gaya hidup sihat.

"Program kecergasan ini bukan hany terbatas kepada golongan muda, sebalik bakal disertai oleh pelbagai peringkat umur termasuk wanita veteran yang berusia lebih 60 tahun ke atas bagi sama-sama menyokong penjagaan kesihatan sambil menjalin hubungan di antara satu sama lain.

"Gala kecergasan meliputi elemen tarian seperti masala bangra, zumba, mtv,  aerobik dan aerodance," jelasnya kepada mStar Online.

Jelas Noorhayati atau lebih mesra dikenali Why, peserta yang hadir bukan sahaja bakal menerima 'goodie bag' istimewa, malah usahawan WE akan turut mempromosikan perkhidmatan mereka di gerai jualan yang disediakan.

"Pelbagai barangan dijual daripada yang mengambil bahagian. Malah peserta juga boleh bertemu secara langsung dengan jurulatih kecergasan yang bertauliah seperti Watie Elite, Shah Bariah, Alyn, Rodzy dan Aida. Mereka semua merupakan jurulatih yang berpengalaman dalam bidang masing-masing," tambah Why.

Menurut Why, program ini dibuka kepada semua wanita dan tiket dijual dengan harga RM50 dan RM60 (walk-in).

Tiket boleh dibeli menerusi talian 012-3768654 (Why) dan 017-3921711 (Farah Farina) atau layari Facebook Pertubuhan Wanita Elit.

Tags / Kata Kunci: Zumba
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan