Ibrahim tubuh parti Putra - Berita Semasa | mStar

Ibrahim tubuh parti Putra

Diterbitkan: Jumaat, 17 Ogos 2018 7:47 PM

Dr Ibrahim Ali (tengah) menunjukkan logo parti politik baharu yang bakal ditubuhkan olehnya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada Jumaat. Turut hadir, Timbalan Presiden Penaja Putra Tan Sri Khalid Yunus (kiri). Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti politik baharu, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra)  akan membawa agenda menjaga kepentingan umat Islam dan kaum Melayu di samping mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Penubuhan parti yang menggunakan lambang ‘tanjak' itu diumumkan presiden penajanya, Datuk Dr Ibrahim Ali pada sidang media pada Jumaat.

“Parti ini ditubuhkan setelah saya menerima banyak permintaan daripada pelbagai pihak yang kurang senang dengan situasi politik sekarang.

"Kami berharap ia akan menjadi alternatif buat orang Islam di negara ini,” katanya.

Beliau berkata pihaknya kini menunggu maklum balas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan susulan permohonan pendaftaran yang dikemukakan pada 13 Ogos lalu.

Selain Ibrahim yang merupakan bekas Anggota Parlimen Pasir Mas, Putra turut diterajui bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Khalid Yunus yang bertindak sebagai timbalan presiden.

Ibrahim berkata kedudukannya sebagai presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa akan ditentukan pada perhimpunan agung kumpulan pendesak itu pada Oktober depan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Dr Ibrahim Ali , Putra
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan