Dera murid: Permit mengajar dua guru tadika ditarik balik - Berita Semasa | mStar

Dera murid: Permit mengajar dua guru tadika ditarik balik

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2018 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) telah menarik balik permit mengajar dua orang guru yang terlibat mendera murid dalam kejadian di sebuah tadika swasta di Melaka yang tular di media sosial.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu bagi memastikan mereka tidak lagi mempunyai sebarang interaksi dengan murid atau bertugas di tadika berkenaan.

"Pihak pengusaha turut diberi amaran keras berkaitan kecuaian dalam pengoperasian mengendalikan pendidikan kepada kanak-kanak dalam kohort umur empat dan lima," katanya.

Kementerian itu berkata kejadian tersebut berlaku di sebuah tadika di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh  iaitu sebuah tadika swasta berdaftar dengan KPM.

KPM juga telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk membantu pengurusan dan pengoperasian tadika semasa sesi pembelajaran berlangsung.

KPM berkata ia turut menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan lanjut ke atas guru terbabit susulan laporan polis yang dibuat pada Sabtu lepas (11 Ogos) oleh pengurus tadika tersebut.

Menurut laporan media, dua guru yang berusia 21 dan 40 tahun itu telah ditahan polis semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Video pertama yang tular di laman sosial berdurasi 2 minit 10 saat menunjukkan tindakan seorang guru mengangkat kanak-kanak perempuan di pusat itu dan meletakkannya di atas tubuh seorang kanak-kanak lelaki yang terbaring.

Sementara video kedua yang berdurasi 36 saat menunjukkan  tindakan salah  seorang guru terbabit menampar seorang kanak-kanak lelaki sehingga terjatuh dari kerusi.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Cheng , tadika , dera
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan