Muhyiddin angkat sumpah selepas sebulan jalani rawatan di Singapura - Berita Semasa | mStar

Muhyiddin angkat sumpah selepas sebulan jalani rawatan di Singapura

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2018 10:46 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen di Dewan Rakyat, pagi Selasa.

Ahli Parlimen Pagoh itu melakukan sedemikian pada pukul 10.05 pagi ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiba di Dewan Rakyat dengan memakai sut hitam serta songkok.

Beliau kini masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada pankreas pada 12 Julai lalu di Hospital Mount Elizabeth, Singapura telah dibenarkan keluar wad pada Selasa lalu.


Tags / Kata Kunci: Muhyiddin , Dewan Rakyat , Pagoh
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan