KJ ‘seru’ Jho Low balik! - Berita Semasa | mStar

KJ ‘seru’ Jho Low balik!

Diterbitkan: Ahad, 12 Ogos 2018 4:52 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin memanggil ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low agar pulang ke Malaysia dan berdepan dengan pihak berkuasa.

Ahli Parlimen Rembau dan bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Jho Low harus berhenti bersembunyi jika benar dia tidak bersalah.

Kata beliau, Umno tidak boleh bergerak ke depan dan membina semula parti tersebut yang terpalit dengan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kalau anda tidak bersalah, berhenti bersembunyi. Selagi anda melarikan diri dan kes mahkamah (SRC) akan kekal tergantung, parti saya tidak boleh pergi jauh daripada isu 1MDB dan membangun semula," kata Khairy melalui tweet pada Ahad.

Sebelum ini, jurucakap Jho Low berkata bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan proses undang-undang yang sepatutnya tiada dalam rejim pentadbiran perdana menteri itu.

"Jelas sekali rejim Mahathir tidak berminat dalam proses undang-undang yang adil.

"Perbuatan beliau 'hijacking' prosiding undang-undang di negara lalin termasuk kerajaan seperti Amerika Syarikat dalam perkara melibatkan Equanimity membuktikan ini tidak lagi boleh diragukan," kata jurucakap tersebut.

Ia susulan kenyataan Dr Mahathir yang meluangkan masa selama sejam menyiasat kapal mewah tersebut pada Sabtu dan berkata, kapal bernilai RM1 bilion itu harus dijual dengan segera kepada pembida tertinggi bagi mendapatkan kembali wang yang dicuri untuk membeli kapal tersebut.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Jho Low
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan