MPH cawangan 1Utama ditutup selepas 15 tahun beroperasi - Berita Semasa | mStar

MPH cawangan 1Utama ditutup selepas 15 tahun beroperasi

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2018 9:41 PM

Gambar daripada Facebook Komika.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah kedai buku ikonik di negara ini, MPH Bookstores telah menamatkan operasinya di pusat beli-belah 1Utama.

Cawangan kedai buku itu ditutup selepas beroperasi selama 15 tahun dan mengeluarkan nota tanda yang berbunyi: "Dengan berat hati, MPH 1Utama ingin mengucapkan selamat tinggal.

"Terima kasih untuk sokongan setia anda selama ini dan memberikan kami peluang untuk melayan anda sejak 15 tahun lalu.

"Kami harap untuk mendapatkan sokongan berterusan anda dan membantu anda menerusi laman web dalam talian kami."

Dilaporkan, penutupan cawangan tersebut menjadikan rangkaian kedai buku itu kepada 30 cawangan sahaja di seluruh negara.

Tags / Kata Kunci: MPH
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan