Ketua Konservator Hutan Sabah diberi notis 3 bulan - Berita Semasa | mStar

Ketua Konservator Hutan Sabah diberi notis 3 bulan

Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2018 9:36 AM

Gambar fail Sam Mannan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Sam Mannan diberikan notis tiga bulan penamatan perkhidmatannya.

Perkara itu disahkan oleh sumber berkedudukan tinggi di Jabatan Perhutanan Sabah.

Notis tersebut dikeluarkan di saat siasatan dilakukan secara besar-besaran terhadap aktiviti pembalakan haram di Sabah.

Mengikut surat yang tersebar di media sosial, Mannan diberi notis tiga bulan berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Surat berkenaan ditandangani oleh setiausaha negeri dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang turut mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatannya.

Setakat ini, tiada pengumuman yang dibuat oleh kerajaan negeri, tetapi sumber kanan jabatan perhutanan negeri mengesahkan suruhanjaya telah memberikan notis tersebut.

Manna berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Negeri selama hampir dua dekad, dengan dua tahun berehat dalam tempoh itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula mengadakan siasatan terhadap aktiviti pembalakan di Sabah, dengan mengadakan tiga serbuan serentak ke atas tiga syarikat pembalakang di Sandakan dan Tawau, minggu lalu.

Tags / Kata Kunci: Sam Mannan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan