Kematian CEO Cradle Fund diklasifikasi sebagai kes bunuh - Berita Semasa | mStar

Kematian CEO Cradle Fund diklasifikasi sebagai kes bunuh

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2018 9:24 PM

Nazrin Hassan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), Nazrin Hassan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi The Star mengesahkan perkara itu.

"Kes itu telah dikelaskan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 3 Ogos.

"Ia berikutan laporan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan keputusan bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Terdahulu, Nazrin meninggal dunia dipercayai berpunca daripada terhidu asap selepas kebakaran berlaku di tingkat atas kediamannya di Mutiara Damansara di sini, pada 14 Jun lalu.

Dilaporkan telefon bimbitnya meletup semasa mengecas.


Tags / Kata Kunci: Nazrin Hassan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan