Aik! MB makan mi segera je... - Berita Semasa | mStar

Aik! MB makan mi segera je...

Diterbitkan: Selasa, 24 Julai 2018 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Status Menteri Besar, Amirudin Shari makan mi segera yang dimuat naik isterinya dalam akaun laman sosial lewat malam Isnin mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ratusan emoji diterima selain komen diberikan netizen dan juga rakan dalam akaun laman sosial milik isteri pemimpin nombor satu Selangor itu.

Ramai yang menyatakan terliur selepas melihat gambar Amirudin menikmati mi segera dengan penuh berselera.

Menerusi status dimuat naik Masdiana Muhamad kira kira sejam lalu, beliau memaklumkan suaminya lapar dan terpaksa makan mi segera.

"Tetiba cik abg (abang) balik kata lapar tak makan lagi.Alahai, maggie asam laksa la jawabnya," katanya dalam status bergambar tersebut.

Netizen, Aznor Adam dalam nada berjenaka berkata, tidak pernah dalam sejarah menteri besar makan mi segera telur tak ada sayur.

"Aik....MB makan maggi ke....tak pernah dalam sejarah MB makan maggi tolo (telur) takde (tak ada) sayur," katanya menerusi ruangan komen.

Iramaya Ramlie pula berkata, Amirudin sibuk sampai terlupa makan.

"Busy (sibuk) lettew (la tu) smp (sampai) lupa makan...sekali sekala pekena maggi pun sodap (sedap)," katanya.

Roshaidi Hasmoni pula mendakwa mi segera sedap apatah lagi air tangan isteri.

"Alhamdulillah sedap tu puan Masdiana Muhamad, lagi-lagi air tangan isteri selera MB kita makan," katanya.-SinarHarian


Tags / Kata Kunci: Amirudin , Selangor
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan