Dewan Rakyat: Tun M tak puas hati kehadiran menteri, timbalan - Berita Semasa | mStar

Dewan Rakyat: Tun M tak puas hati kehadiran menteri, timbalan

Diterbitkan: Isnin, 23 Julai 2018 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berpuas hati dengan kehadiran anggota Kabinet dan timbalan mereka di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, perdana menteri berkata, beliau tidak akan mengenakan tindakan terhadap mereka menerusi petunjuk prestasi utama (KPI).

"Saya tidak pernah puas hati dengan apa saja tetapi menteri dan timbalan menteri sepatutnya memperbaiki rekod kehadiran di Dewan Rakyat dan mempunyai alasan munasabah kerana tidak hadir pada sesi persidangan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Isnin.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan prestasi dirinya, Dr Mahathir berkata, beliau telah melebihi jangkauan.

"Saya telah lakukan melampaui jangkauan, saya bekerja 24 jam sehari.

"Jika saya dapat lebih masa dalam sehari, mungkin 36 jam, saya akan bekerja selama 36 jam," kata pemimpin berusia 93 tahun itu.

Kata Dr Mahathir, tiada catatan KPI berkaitan kehadiran menteri dan timbalan menteri yang perlu menghadiri tugasan lain.

"Parlimen bersidang seharian untuk selama 20 hari dan jika mereka bekerja pada masa sama, tentu sekali ia sesuatu yang praktikal," katanya.



Tags / Kata Kunci: Dewan Rakyat , Mahathir
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan