Kit Siang cabar Najib bahas isu 1MDB di Parlimen - Berita Semasa | mStar

Kit Siang cabar Najib bahas isu 1MDB di Parlimen

Diterbitkan: Ahad, 22 Julai 2018 2:30 PM

Lim Kit Siang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan Parlimen sebagai medan untuk bersuara mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata demikian bagi merujuk kegagalan Najib dalam menangani dakwaan Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Jeff Sessions di forum antarabangsa yang menyifatkan skandal rasuah 1MDB  sebagai "kleptokrasi paling buruk".

Kit Siang turut memberitahu, Najib seharusnya memberi penjelasan berhubung surat yang dikatakan dihantar kepada Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Gina Haspel lima hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Sebuah portal berita mendedahkan surat dari Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri itu dihantar ke CIA, meminta AS untuk menyokong pentadbiran Najib.

"Adalah penting bagi Najib mengambil bahagian dalam perbahasan esok di Parlimen bagi usul titah Yang di-Pertuan Agong, dan menjelaskan mengapa pentadbiran Najib tidak pernah mempertahankan diri atau berusaha untuk membersihkan jolokan kleptokrasi global, atau sama ada pandangan buruk saya itu adalah benar," katanya di menerusi kenyataan di blognya pada Ahad.

Kit Siang turut kesal dengan cubaan Najib untuk melarang institusi kebangsaan khususnya Parlimen dan media daripada membincangkan dan menyiasat isu selain juga tergesa-gesa untuk Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018.

Beliau juga menegaskan bahawa justifikasi yang berbeza dan bertentangan yang dibuat oleh pelbagai pemimpin Umno bahawa RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Najib bertujuan memerangi IS yang tidak berasas.

Kit Siang berkata, ini kerana IS hanya wujud pada pertengahan 2014 tetapi RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun bank Najib pada Mac 2013.

"Sudah tiba masanya Najib membuat penjelasan berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB di Parlimen esok," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lim Kit Siang , Najib Tun Razak , 1MDB
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan