Kabinet Bayangan BN pantau kerja kerajaan PH - Berita Semasa | mStar

Kabinet Bayangan BN pantau kerja kerajaan PH

Diterbitkan: Ahad, 22 Julai 2018 10:36 AM

Dr Wee Ka Siong

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas sembilan minggu Pilihan Raya Umum (PRU14) berakhir, Barisan Nasional (BN) bakal mempunyai 'Kabinet Bayangan' bagi memantau dan memeriksa keseimbangan terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Kabinet Bayangan akan memberi cadangan dan sumbangan kepada rakyat dan ia bakal dibentuk seawal minggu depan.

Dipercayai  ahli parlimen dari parti Barisan - Umno, MCA, MIC dan STAR - akan bertemu hari ini (Ahad) untuk memuktamadkan butir-butir, seperti bidang tugas Kabinet Bayangan.

Timbalan Presiden MCA dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (gambar) berkata Kabinet Bayangan mungkin ditubuhkan tidak lama lagi.

Dr Wee berkata Kabinet Bayangan boleh dibentuk sama ada dalam blok Pembangkang atau dalam parti individu.

"Sebagai contoh, PAS atau Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh membentuk Kabinet Bayangan mereka sendiri," katanya.

Pemimpin pembangkang merupakan  presiden Umno dan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kabinet Bayangan adalah ciri demokrasi  berparlimen (Westminster) yang diikuti di Malaysia.

Merangkumi ahli-ahli kanan dari parti-parti pembangkang, tanggungjawabnya adalah untuk memantau dasar dan tindakan Kerajaan dan membuat cadangan alternatif.

Tags / Kata Kunci: Kabinet Bayangan , BN
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan