Pusat penamaan kecoh seketika - Berita Semasa | mStar

Pusat penamaan kecoh seketika

Diterbitkan: Sabtu, 21 Julai 2018 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Berlaku sedikit kekecohan di perkarangan pusat penamaan calon Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Sungai Kandis, di Dewan Tanjung (MBSA) Seksyen 19, di sini semasa proses penamaan calon sedang berlangsung.

Kekecohan bermula apabila penyokong Pakatan Harapan (PH) tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa membenarkan penyokong Barisan Nasional (BN) berada di hadapan pusat penamaan calon itu iaitu di luar kawasan had ditetapkan.

Penyokong BN pada awalnya mengiringi calon, Datuk Lokman Noor Adam, ke luar pagar dewan berkenaan, bagaimanapun tidak berganjak selepas itu.

Situasi berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong PH kerana menyifatkan wujud 'double standard'.

Keberadaan penyokong BN di luar pagar itu juga telah menghalang penglihatan penyokong PH yang berada dikedudukan mengadap pintu masuk dewan dan pentas pengumuman.

Sekurang-kurangnya tiga penyokong PH bersuara meminta perhatian pihak petugas agar menghalau penyokong BN ke kawasan had ditetapkan.

Keadaan bagaimanapun terkawal dengan campur tangan petugas. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: PRK Sungai Kandis , kecoh
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan