Kedutaan belum terima maklumat penahanan Jho Low - Berita Semasa | mStar

Kedutaan belum terima maklumat penahanan Jho Low

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2018 10:05 AM

Jho Low

Jho Low.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Kedutaan Besar Malaysia di Beijing belum menerima sebarang maklumat berhubung dakwaan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low telah ditahan pihak berkuasa China.

Menurut sumber kedutaan ketika dihubungi Bernama, laporan beberapa portal media tempatan dan asing kononnya Jho Low ditahan masih tidak dapat disahkan.

“Setakat ini, kami di kedutaan belum mendapat sebarang maklumat berhubung penahanan Jho Low,” katanya mengulas beberapa laporan media tempatan dan asing berhubung dakwaan itu.  Semalam (18 Julai) blog Sarawak Report melaporkan sebuah stesen radio di Hong Kong menyiarkan berita Jho Low ditahan di China.

Pasport Jho Low telah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen pada 15 Jun atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyiasatan mereka terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada Khamis turut dilapor berkata, belum menerima sebarang maklumat berhubung dakwaan itu, namun siasatan akan dibuat bagi mengesahkan perkara tersebut.

Minggu lepas, Mohamad Fuzi berkata, Jho Low dipercayai telah keluar dari Macau, tempat terakhir kedudukan beliau diketahui ke destinasi yang tidak diketahui. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Jho Low
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan