Tiada lagi kasut sekolah putih tahun depan - Berita Semasa | mStar

Tiada lagi kasut sekolah putih tahun depan

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2018 7:03 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sesi persekolahan tahun depan bakal menyaksikan pelajar sekolah  akan memakai kasut berwarna hitam.

Perkara itu disuarakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam program Bicara Minda, Malaysia Baharu & Pendidikan Negara anjuran Sinar Harian pada Khamis.

Maszlee berkata, peraturan baharu itu dibuat selepas mendengar keluhan dan harapan ibu bapa.

"Ini harapan daripada ibu bapa terutama ibu...bapa tak kisah sangat.

"Bermula tahun depan, kita akan pakai kasut hitam di sekolah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kasut sekolah , hitam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan