Selepas Musa, anaknya Yamani pula hilang? - Berita Semasa | mStar

Selepas Musa, anaknya Yamani pula hilang?

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2018 9:40 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pemuda Umno Sabah masih samar-samar dengan lokasi ketuanya, Yamani Hafez Musa (gambar).

Ahli Parlimen Sipitang itu kali terakhir dilihat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 sebelum bapanyanya Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada 10 Mei lalu.

Musa pada asalnya mengangkat sumpah sebagai ketua menteri di hadapan Yang di-Pertua Negeri, tetapi tewas majoriti kurang daripada 48 jam.

Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula angkat sumpah sebagai ketua menteri pada 12 Mei.

Persoalan tentang keberadaan Yamani Hafez timbul apabila beliau tidak muncul pada majlis angkat sumpah di Parlimen pada Isnin.

Musa ketika mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada 10 Mei lalu.

Setiausaha Pemuda Umno Sabah Bahrin Abdul Karim mengesahkan bahawa mereka tidak tahu di mana Yamani Hafez berada.

"Kali terakhir saya nampak dia adalah ketika sebelum upacara angkat sumpah pada 10 Mei. Kami sarapan bersama," katanya ketika dihubungi The Star.

Beliau berkata, Yamani Hafez juga tidak muncul pada pemilihan parti dan tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Sipitang atau Ketua Pemuda Umno Sabah.

Kata Bahrin, kali terakhir ahli lain mendengar khabar daripadanya adalah pada 24 Jun, seminggu sebelum Pemilihan Umno 2018.

Beliau berkata, Yamani Hafez mungkin berada bersama bapanya di London ketika ini.

"Tapi kami tidak pasti, kami juga mendapat maklumat mengenainya daripada laporan berita," kata Bahrin.

Jawatan Pemuda Umno Negeri dijangka akan diumumkan tidak lama lagi oleh ketua pemuda parti itu.

Tags / Kata Kunci: Yamani Musa
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan