Tiada laporan polis dakwaan Seri Perdana dipecah masuk - Berita Semasa | mStar

Tiada laporan polis dakwaan Seri Perdana dipecah masuk

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2018 2:11 PM

Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri.
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiada laporan polis dibuat berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin bahawa Seri Perdana dipecah masuk.

Menerusi pesanan teks pada Rabu, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, tiada laporan yang dibuat mengenainya setakat ini.

Anina menerusi status di Facebook mendakwa bilik stor di Seri Perdana telah dipecah masuk.

Anina turut memuat naik gambar yang dakwanya adalah bilik stor tersebut.

Tambahnya, sebahagian barangan milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dicuri.

Tags / Kata Kunci: Seri Perdana , Anina Saadudin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan