MP samakan kejutan Piala Dunia dengan kekalahan BN - Berita Semasa | mStar

MP samakan kejutan Piala Dunia dengan kekalahan BN

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2018 2:58 PM

R.S.N. Rayer.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen kerajaan pada Rabu menyamakan kekalahan mengejut negara-negara gergasi bola sepak pada perlawanan Piala Dunia yang baru melabuhkan tirainya, umpama kecundangnya Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14.

R.S.N. Rayer (PH-Jelutong) sempat menyelitkan kenyataan itu ketika bangkit untuk bertanyakan soalan tambahan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo semasa sesi soal jawab pada  persidangan Dewan Rakyat.

“Kita berterima kasih kepada keprihatinan kerajaan Pakatan Harapan. Di bawah Barisan Nasional semua kita bayar, nak tengok bola sepak pun kena bayar.

“Perlawanan bola sepak kali ini bersejarah kerana kita lihat tersungkurnya gergasi-gergasi bola sepak dunia seperti Argentina, Jerman dan England. Seperti Barisan Nasional di Malaysia,” kata Rayer dengan disambut ejekan dan ketawa daripada anggota Parlimen lain.

Perlawanan akhir Piala Dunia 2018 menyaksikan Perancis menjulang piala itu untuk kali kedua selepas menewaskan Croatia 4-2. - Bernama

Tags / Kata Kunci: BN , Piala Dunia , R.S.N. Rayer
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan