"Saya masih setia" - Berita Semasa | mStar

"Saya masih setia"

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2018 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun menjadi duri dalam daging kepada kepimpinannya baru-baru ini, Khairy Jalamuddin menegaskan beliau masih lagi setia kepada Umno.

"Saya setia kepada parti saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.

Ahli Parlimen Rembau itu menolak khabar angin bahawa beliau mungkin keluar Umno berikutan kenyataan memperkecilkan parti baru-baru ini.

Pada Isnin, bekas Ketua Pemuda Umno itu juga enggan menyertai rakan sejawatannya keluar dewan sebagai tanda protes terhadap pelantikan Speaker semasa persidangan Dewan Rakyat Ke-14.

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa memberitahu The Star bahawa Khairy mungkin tidak menyedari rancangan tersebut kerana dia tidak hadir dalam mesyuarat bagi Ahli Parlimen Pembangkang yang diadakan malam Ahad.

Khairy bagaimanapun enggan memberikan komen mengenai kenyataan Ahli Parlimen Ketereh itu.

"Dia boleh buat begitu (komen) di tempat awam. Namun saya tidak akan berbuat demikian," katanya.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Umno
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan