PKR putuskan calon PRK Sungai Kandis esok - Berita Semasa | mStar

PKR putuskan calon PRK Sungai Kandis esok

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2018 4:02 PM

Saifuddin Ismail Nasution.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PKR akan memutuskan calonnya untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Selasa.

"Kita akan memutuskannya dalam mesyuarat biro politik, malam esok," kata setiausaha agung parti, Saifuddin Ismail Nasution kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Terdahulu, dilaporkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali terbang ke Turki untuk berunding dengan ketua umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai calon berkenaan.

PRK Sungai Kandis bakal diadakan berikutan penyandang kerusi itu yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Mat Shuhaimi Shafie meninggal dunia akibat kanser.


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan