Selepas Taiwan, Nazifuddin ke Piala Dunia di Moscow pula - Berita Semasa | mStar

Selepas Taiwan, Nazifuddin ke Piala Dunia di Moscow pula

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2018 2:34 PM

Nazifuddin

Mohd Nazifuddin Najib.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Media sosial kecoh selepas Datuk Mohd Nazifuddin Najib, anak bekas perdana menteri berkongsi gambarnya sempena perlawanan akhir Piala Dunia di Moscow.

Nazifuddin memuat naik beberapa gambarnya di Moscow pada Ahad di mana Perancis menewaskan Croatia dengan 4-2 dalam saingan akhir.

Menerusi satu gambar, beliau bergambar bersama Zabivaka, maskot Piala Dunia di Rusia.

Beliau memuat naik gambarnya menunjukkan isyarat bagus di Stadium Luzhniki dan juga gambar bersama bekas pemain bola Perancis, Christian Karembeu.

"Yeah! Final! Croatia menentang Perancis, mana satu pilihan anda?" tulis Nazifuddin.

Pada Julai 5, Nazifuddin menghangatkan media sosial selepas beliau dilihat makan bersama pelakon Taiwan, Celia Chang di Taipei.

Portal berita Taiwan, Apple Daily memberitahu pasangan itu dilihat makan bersama di sebuah restoran stik di tumpuan membeli-belah mewah dekat Taipei 101.

Seminggu sebelum Nazifuddin ke Moscow pada 10 Julai lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak membayar ikat jaminnya selepas didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam usaha mengumpul dana untuk membayar ikat jamin, Najib dan tiga anaknya mendakwa akaun bank mereka dibekukan, susulan siasatan 1MDB.

Tags / Kata Kunci: Nazifuddin Najib , Piala Dunia , Moscow , Rusia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan