Najib tarik balik saman ke atas penyiasat 1MDB - Berita Semasa | mStar

Najib tarik balik saman ke atas penyiasat 1MDB

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2018 12:17 PM

(Ubah saiz teks)

KEMASKINI

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik saman yang dikeluarkan ke atas pasukan penyiasat kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Pekan itu menggugurkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Amar Singh dan Peguam Negara Tommy Thomas.

Peguam Badrul Hisham Abdullah yang mewakili plaintif mengesahkan tentang penarikan tersebut ketika dihubungi The Star.

Tindakan tersebut dibuat berdasarkan saman yang difailkan sebelum Najib didakwa di Mahkamah Tinggi dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa.

"Kami perlu menyemak semula kes tersebut kerana senarionnya sudah berubah," katanya pada Isnin.

Barangan yang diperoleh ketika serbuan pihak polis ke rumah Najib.

Dalam saman asal yang difailkan terhadap Thomas, Najib berkata beliau telah menulis artikel bertajuk “Grand Larceny in 1MDB” pada Julai 2016 dan diterbitkan di portal Malaysiakini.

Najib mendakwa Thomas yang berdiri menentangnya adalah bukti di dalam artikel tersebut dan Thomas tidak wajar terlibat dalam siasatan tersebut.

Dalam saman beliau terhadap Mohd Shukri pula, Najib mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM itu membuat kesimpulan awal pada sidang media bahawa beliau mengambil RM42 juta dan RM2.6 bilion daripada anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Najib menegaskan bahawa sidang media itu diadakan sebelum beliau disaman oleh SPRM bagi merekodkan keterangannya untuk membantu siasatan berhubung SRC International.

Beliau berkata, kenyataan yang dibuat oleh Mohd Shukri ketika sidang media itu bersifat dakwaan emosi dan berdendam, selain menggambarkan Najib sebagai orang yang bersalah.

Sementara itu, dalam afidavit sokongan ke atas saman asal terhadap Amar Singh, Najib berkata pegawai polis tersebut bertanggungjawab mengetuai serbuan ke premis yang didiami anaknya di Pavilion Residence dan sebuah lagi yang dipinjam daripada seorang rakan untuk menyimpan barangan yang dipindahkan dari kediaman rasminya di Seri Perdana.

Tags / Kata Kunci: Najib Razak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan