Mohamad Ariff sah Speaker Dewan Rakyat - Tun M - Berita Semasa | mStar

Mohamad Ariff sah Speaker Dewan Rakyat - Tun M

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2018 10:38 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.

"Kita telah memilih dan akan diumumkan segera beliau ialah seorang bekas hakim.

"Ya.. beliau ialah Datuk Mohamad Ariff Md Yusof," katanya ringkas kepada pemberita disini Ahad.

Terdahulu Dr Mahathir menghadiri taklimat tertutup pembangunan Sarawak yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan barisan Menteri-menteri Kabinet negeri. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Speaker Dewan Rakyat , Tun M
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan