Maszlee cadang laksana hari bahasa kebangsaan, Inggeris - Berita Semasa | mStar

Maszlee cadang laksana hari bahasa kebangsaan, Inggeris

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2018 3:58 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mencadangkan agar sekolah menetapkan dua hari dalam seminggu untuk penggunaan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris bagi membantu pelajar memperbaiki kemahiran mereka dalam dua bahasa tersebut.

Maszlee berkata Selasa boleh dipilih sebagai Hari Bahasa Inggeris manakala Khamis pula untuk Hari Bahasa Malaysia.

Pelajar dan guru akan diminta untuk menggunakan satu-satu bahasa itu sepanjang hari di sekolah kelak.

Beliau berkata ia bertujuan untuk memperkasakan dua bahasa tersebut dalam kalangan murid.

Maszlee berkata kementerian itu akan membincangkan cadangan ini dengan pihak berkaitan dan berharap pihak sekolah terbuka mengenai perkara ini.

"Kami mahu menggalakkan pelajar-pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan pada masa sama memperkukuhkan Bahasa Malaysia," katanya semasa perjumpaan pelajar lama SK Temenggong Abdul Rahman 2 di sini.

Maszlee berkata Hari Bahasa Malaysia tidak hanya membabitkan sekolah jenis kebangsaan tetapi juga perlu diterapkan di sekolah swasta dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Katanya, pelajar juga harus digalakkan untuk mempelajari bahasa ketiga atau keempat seperti Bahasa Arab, Mandarin dan Tamil.

"Malaysia adalah negara berbilang kaum dan kita patut meraikan kepelbagaian kita termasuk belajar atau menguasai bahasa lain dan bukan sahaja Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan