Apandi tolak jadi ahli MT Umno - Berita Semasa | mStar

Apandi tolak jadi ahli MT Umno

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2018 10:18 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi(MT) Umno.

Beliau memutuskan perkara itu selepas membuat pertimbangan mendalam terutama kesan daripada pelantikan itu.

"Setelah berfikir semasak-masaknya, dan dengan mendalam, saya berasa adalah tidak wajar untuk menerima pelantikan sebagai Ahli MT Umno.

"Apa yang bermain difikiran saya adalah pelantikan tersebut akan diselubungi dengan pelbagai persepsi negatif yang mungkin dikaitkan dengan apa jua tindakan dan keputusan saya semasa menjalankan tugas sebagai seorang hakim dan Peguam Negara," jelasnya dalam satu kenyataan media Sabtu malam.

Sebelum ini Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mohamed Apandi antara 11 individu yang dilantik sebagai ahli MT.

Turut dilantik termasuk Datuk Seri Anifah Aman, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib, Datuk Johan Abdul Aziz, Datuk Azizah Mohd Dun, Datuk Abdul Rahman Mohamad, Datuk Seri Hajiji Noor.

Tags / Kata Kunci: Mohamad Apandi , Umno
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan