Isteri PM sempat berjenaka hari lahir ‘ke-29’ - Berita Semasa | mStar

Isteri PM sempat berjenaka hari lahir ‘ke-29’

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2018 8:10 AM

Dr Siti Hasmah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sempat berjenaka semasa mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-92 pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat hari lahir Mummy... tabah, juga lucu!

Dr Siti Hasmah berkata, ucapan yang diterima bukan sahaja melalui kad-kad hari jadi tetapi juga menerusi media sosial.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir saya hari ini... yang bertalu-talu mengucapkan saya hari jadi yang ke ’29 tahun’,” katanya menerusi video yang dimuat naik di halaman Facebook rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis.

Dr Siti Hasmah turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan beliau dan diberikan kesihatan yang baik.

“Mereka mendoakan saya berusia panjang, sihat, murah rezeki dan sebagainya, terima kasih banyak,” katanya.

Maka tidak hairanlah anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir turut menggambarkan ibunya itu seorang yang lucu semasa memberi ucapan hari lahir.

“Selamat hari ulang tahun ke-92 mummy saya, seorang yang kuat dan tabah (dan seringkali lucu) di belakang kami semua, tetapi terutamanya ayah.

“Apa lagi yang antara kami dapat lakukan tanpa kasih sayang, sokongan dan kearifan ibu?,” tulis Marina di halaman Facebooknya pada Khamis, sambil memuat naik gambar Dr Siti Hasmah yang kelihatan anggun berbaju kurung merah jambu.

Dr Siti Hasmah menyambut hari lahir ke-92, hanya berselang dua hari selepas Dr Mahathir menyambut ulang tahun ke-93 pada Selasa.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan