Jho Low dipercayai guna pasport kepulauan Caribbean - Berita Semasa | mStar

Jho Low dipercayai guna pasport kepulauan Caribbean

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2018 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai menggunakan pasport negara Saint Kitts and Nevis, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

"Mengenai Jho Low tentunya kita bekerjasama dengan pihak polis. Pasport (Malaysia) dia kita dah batalkan pada 15 Jun (lepas) atas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Kita percaya dia telah menggunakan pasport satu lagi iaitu Saint Kitts and Nevis untuk perjalanan yang lain," katanya kepada Bernama dan NSTP di Menara Ilham, Khamis.

Negara yang dinamakan itu terletak di kepulauan Caribbean.

Ditanya tentang sejauh mana ahli perniagaan itu mampu bergerak menggunakan pasport tersebut, beliau berkata ia 'bergantung'.

Mustafar turut menegaskan pihaknya tidak ada maklumat lanjut dan menunggu perkembangan seterusnya daripada polis.

Menurut laporan media, pasukan Polis Diraja Malaysia yang menjejaki Jho Low di Hong Kong mendapati ahli perniagaan itu sudah keluar dipercayai ke Macau.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Jho Low , Carribean
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan