Anwar selamat jalani pembedahan bahu kanan - Berita Semasa | mStar

Anwar selamat jalani pembedahan bahu kanan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2018 6:32 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani pembedahan bahu kanan terkait kecederaan serius di kaf rotator beliau di Turki pada Jumaat.

Prof Datuk Dr Wan Azman Wan Ahmad yang menulis kenyataan di Facebook bagi pihak beliau memberitahu, fungsi jantung Anwar berada pada tahap normal tanpa mengalami penyempitan saluran koronari arteri untuk membolehkan beliau menjalani pembedahan tersebut.

Sebelum ini, Anwar menjalani pembedahan mikro bagi merawat sakit belakang yang kronik terkait kegelinciran disk dan pembedahan tulang belakang pada Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar jalani pembedahan tulang belakang di Turki

"Beliau berada di dalam keadaan ceria dan beransur pulih berikutan pembedahan yang berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi.

"Beliau akan menjalani prosedur fisioterapi dan dijangkakan akan sembuh sepenuhnya," kata Wan Azman pada catatan tersebut.

Dalam pada itu, Anwar dan keluarga menyampaikan ucapan terima kasih buat doktor dan perawat di Malaysia dan di Turki atas layanan dan rawatan yang diberikan.

Pada 8 Julai, media melaporkan Anwar menjalani pembedahan tulang belakang dan kaf rotator bagi memulihkan kesihatan beliau.

Suami timbalan perdana menteri itu mengalami 'lumbar central stenosis', keadaan di mana saluran tulang belakang sempit, menyebabkan rasa sakit dan kebas.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan