Ah Long ugut pemilik bengkel lepas bekas pekerja lari bayar hutang - Berita Semasa | mStar

Ah Long ugut pemilik bengkel lepas bekas pekerja lari bayar hutang

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2018 3:45 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang pemilik bengkel cat kereta hidup dalam ketakutan apabila sering diganggu seorang lelaki dipercayai ‘Ah Long' yang memintanya melunaskan hutang bekas pekerjanya.

Chay Mook Kowong, 61,  berkata dia tidak pernah membuat sebarang pinjaman dengan  Ah Long namun sejak Mei lepas, dia tiba-tiba kerap menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang memintanya membayar hutang lebih RM2,000.

Permintaan itu bagaimanapun tidak diendahkan sehinggalah dia menerima ugutan daripada individu berkenaan pada bulan lepas menerusi aplikasi WhatsApp, katanya dalam sidang media bersama-sama Ketua Biro Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan MCA Michael Tay Chee Boon, di sini pada Jumaat.

"Saya ada menerima pesanan ringkas dari dua nombor talian tidak dikenali sebelum ini menyuruh pekerja saya itu membayar hutang, bagaimanapun saya memaklumkan itu bukan urusan saya," katanya Chay berkata dia pernah diugut bahawa bengkelnya akan dibakar dan terbaru pada Rabu lepas rumahnya di Pasir Gudang telah disimbah cat merah.

“Kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga, saya telah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Masai. Satu daripada laporan itu dibuat sejurus mendapat panggilan Ah Long berkenaan pada 23 Mei, kedua pada 6 Jun lalu dan laporan terakhir selepas rumah saya disimbah cat,” katanya yang kemudiannya meminta bantuan MCA. - Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan