Akauntan dicadang jawatan Pengerusi PKFZ - Berita Semasa | mStar

Akauntan dicadang jawatan Pengerusi PKFZ

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2018 2:32 PM

Anthony Loke.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Pengerusi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang baharu bukan seorang ahli politik, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, ia sejajar dengan pendirian kerajaan Pakatan Harapan untuk melantik hanya golongan profesional bagi mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Kita telah mencadangkan seorang akauntan bagi jawatan ini," kata Loke pada sidang media selepas mesyuarat dengan pengurusan Lem aga Pelabuhan Klang (PKA) pada Khamis.

Bagaimanapun katanya, ia lebih diterima untuk melantik ahli politik sebagai pengerusi dan ahli lembaga PKA memandangkan ia adalah badan berkanun dan bukan sebuah syarikat seperti PKFZ.


Tags / Kata Kunci: Anthony Loke , PKFZ
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan