Muhyiddin selamat jalani pembedahan buang ketumbuhan pada pankreas - Berita Semasa | mStar

Muhyiddin selamat jalani pembedahan buang ketumbuhan pada pankreas

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2018 8:29 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin telah selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas yang dapat dikesan pada peringkat awal.

Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan Muhyiddin akan mengambil cuti bermula hari ini untuk menjalani rawatan perubatan susulan dan dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan.

"Alhamdulillah, pembedahan tersebut telah berjaya dan beliau dalam keadaan stabil,” demikian menurut kenyataan itu.

Pejabat Menteri Dalam Negeri itu juga memaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjalankan tugas-tugas Menteri Dalam Negeri sementara  ketiadaan beliau. - Bernama


Tags / Kata Kunci: Muhyiddin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan