Jho Low mungkin guna pasport negara lain - Imigresen - Berita Semasa | mStar

Jho Low mungkin guna pasport negara lain - Imigresen

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2018 7:45 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai menggunakan pasport negara lain pada masa ini selepas Jabatan  Imigresen Malaysia membatalkan pasportnya  pada 15 Jun lepas, kata Ketua  Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

"Mungkin sekarang dia menggunakan pasport (negara lain yang dia ada," katanya kepada pemberita ketika ditanya  perkembangan terkini tentang pembatalan pasport ahli perniagaan tersebut.

Pada 15 Jun, Jabatan Imigresen membatalkan  pasport Jho Low atas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ditanya  tentang pasport negara manakah yang mungkin digunakan Jho Low sekarang, Mustafar  yang ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini menjawab: "Saya tidak tahu."

Menurut laporan media, pasukan Polis  Diraja Malaysia yang menjejaki Jho Low di Hong Kong mendapati ahli perniagaan itu sudah melarikan diri ke Macau.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Jho Low , 1MDB , Imigresen
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan