Lokman tunjuk bukti akaun cucu Najib dibeku - Berita Semasa | mStar

Lokman tunjuk bukti akaun cucu Najib dibeku

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2018 11:17 AM

Lokman menunjukkan dokumen yang membuktikan akaun cucu Najib dibeku.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam mempertahankan dakwaan bahawa akaun cucu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Adam Razak turut dibekukan meskipun dinafikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lokman turut menyelar tindakan tersebut, menunjukkan dokumen pengesahan bahawa akaun tersebut dibekukan kepada pihak media.

"Sepatutnya SPRM jalankan siasatan terperinci dan kenalpasti seseorang yang terlibat sebelum beku akaun,"katanya.

Beliau mendakwa selain akaun cucu Najib, tiga akaun anak Najib turut dibekukan iaitu akaun milik anak sulung Najib iaitu, Norlisa, Nooryana Najwa dan Norashman.

"Norlisa menghidap kanser tahap empat. Tindakan beku akaun bank beliau tidak wajar dan membebankan ketika beliau perlu menjalani rawatan kimoterapi dan sebagainya,"katanya. 

Terdahulu SPRM menafikan dakwaan pihaknya membekukan akaun cucu bekas perdana menteri itu.

Penafian itu dibuat Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

“Akaun cucu Najib tidak pernah dibekukan,” katanya. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: Adam Razak , SPRM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan