Timbalan Menteri rebah ketika perhimpunan JPM - Berita Semasa | mStar

Timbalan Menteri rebah ketika perhimpunan JPM

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2018 9:34 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin rebah dari pentas semasa perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Putrajaya, pagi Isnin.

Beliau tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamd sedang berucap.

Dr Mahathir yang terkejut dengan kejadian itu berhenti berucap buat seketika.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberikan rawatan awal terhadap Hanipa.

Pasukan paramedik kemudian bergegas memberikan rawatan kecemasan sebelum mengusung dan mengejarkan beliau ke Hospital Putrajaya.

Menurut sebuah portal berita, Hanipa yang baharu sahaja mengangkat sumpah timbalan menteri minggu lalu pernah menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat pendarahan otak pada 2016 selepas rebah di Dewan Rakyat.

Beliau terpaksa berehat selama enam bulan dan hanya kembali ke Parlimen pada Oktober tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Mohamed Hanipa , rebah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan